BABY SHOWER IDEAS: SEDANG MERANCANG MAJLIS
UNTUK MERAIKAN INSAN BARU DALAM HIDUP ANDA DAN PASANGAN?
SEDIKIT TIPS DI BAWAH MAMPU MEMBANTU ANDA DAN PASANGAN ANDA
Merancang majlis baby shower adalah sangat menyeronokkan. Selagi
anda merancang dengan teliti dan membuat perancangan awal, anda mampu
menjadikan majlis baby shower anda sesempurna mungkin.
1. Memilih lokasi majlis
Mengetahui minat
bakal ibu yang ingin diraikan mampu memberikan kebahagian kepada bakal ibu
tersebut. Samada meraikannya di pejabat bersama rakan-rakan pejabat, ataupun di
restoran kegemaran bakal ibu , meraikan di taman atau tempat percutian
pilihan bakal ibu tersebut mampu memberikan kenangan manis yang sangat
bermakna. Selain dari itu, mengajurkan majlis baby shower di rumah juga bersama
saudara mara, kenalan dan keluarga memberi lebih keselasaan dan juga menjadikan
bakal ibu merasa diri mereka lebih dihargai.
2. Memilih Tema
Majlis
Memastikan
tema yang dipilih memenuhi citarasa bakal ibu, bermula dengan menempah kad jemputan,
dekorasi majlis, pemilihan makanan dan tetamu yang ingin dijemput haruslah mengambil
kira pendapat bakal ibu. Boleh juga bertanyakan pendapat rakan- rakan
rapat atau keluarga bakal ibu.
3. Pemilihan
Menu dan candy buffet
Sangatlah
mengujakan bila bakal ibu dapat menikmati juadah makanan yang memenuhi selera mereka
dan adalah lebih baik dapat meminta nasihat pakar diet atau orang-orang
berpengalaman mengenai makanan yang sesuai untuk bakal ibu. Makanan
berbentuk instant atau mengandungi kafein adalah perlu dielakkan.
Pemilihan Candy buffet service yang terbaik mampu membantu menambah
keceriaan majlis dan membuka selera tetamu serta dekorasinya yang menawan
dan mengikut tema majlis.
4. Pemilihan
aturcara majlis
Bagi yang
beragama islam, majlis baby shower pastinya boleh diselitkan dengan doa sebagai
pembuka majlis untuk memohon keselamatan bakal ibu dan bayi yang akan
dilahirkan. Majlis boleh disertakan dengan aktiviti permainan menampal
gambar-gambar bayi di dalam album, semua tetamu boleh menampal gambar bayi
masing-masing di dalam album yang disediakan. Selain itu, aktiviti meneka
nama bayi dan maksud nama boleh memberi idea untuk bakal ibu tersebut untuk
menamakan bakal bayi mereka. Majlis boleh diserikan lagi dengan menempatkan 'Guestbook'
atau 'Buku tetamu' untuk menyatakan ucapan-ucapan positif dan kata-kata
motivasi buat bakal ibu.
5. Pemilihan Doorgift
Pemilihan
Doorgift buat tetamu akan menambah lagi seri majlis baby
shower
anda. Antara idea Doorgift yang boleh dipilih harusla mengikut tema
majlis
atau warna-warna yang bersesuain dengan warna pilihan untuk bayi.
Warna-warna
seperti biru lembut, pink dan kuning muda sering menjadi pilihan di majlis-majlis
baby shower. Doorgift tersebut boleh dibuat dengan cara ‘art & craft’oleh
keluarga bakal ibu sendiri seperti memberikan paper bag dekorasi gambar haiwan
atau bayi comel dan dipenuhi barang-barang mandian bayi yang sangat sesuai
untuk majlis baby shower.
© Funtime Krew
No comments:
Post a Comment