Funtime Buzz

Funtime Buzz
Candy Buffet,chocolate and event planner

Monday 5 October 2015

Baby Shower Ideas





BABY SHOWER IDEAS: SEDANG MERANCANG MAJLIS UNTUK MERAIKAN INSAN BARU DALAM HIDUP ANDA DAN PASANGAN?

SEDIKIT TIPS DI BAWAH MAMPU MEMBANTU ANDA DAN PASANGAN ANDA


Merancang majlis baby shower adalah sangat menyeronokkan. Selagi anda merancang dengan teliti dan membuat perancangan awal, anda mampu menjadikan majlis baby shower anda sesempurna mungkin.

1. Memilih lokasi majlis
    
Mengetahui minat bakal ibu yang ingin diraikan mampu memberikan kebahagian kepada bakal ibu tersebut. Samada meraikannya di pejabat bersama rakan-rakan pejabat, ataupun di restoran kegemaran bakal ibu , meraikan di taman atau tempat percutian pilihan bakal ibu tersebut mampu memberikan kenangan manis yang sangat bermakna. Selain dari itu, mengajurkan majlis baby shower di rumah juga bersama saudara mara, kenalan dan keluarga memberi lebih keselasaan dan juga menjadikan bakal ibu merasa diri mereka lebih dihargai.

2. Memilih Tema Majlis

Memastikan tema yang dipilih memenuhi citarasa bakal ibu, bermula dengan menempah kad jemputan, dekorasi majlis, pemilihan makanan dan tetamu yang ingin dijemput haruslah mengambil kira pendapat bakal ibu. Boleh juga bertanyakan pendapat rakan- rakan rapat atau keluarga bakal ibu.

3. Pemilihan Menu dan candy buffet 

Sangatlah mengujakan bila bakal ibu dapat menikmati juadah makanan yang memenuhi selera mereka dan adalah lebih baik dapat meminta nasihat pakar diet atau orang-orang berpengalaman mengenai makanan yang sesuai untuk bakal ibu. Makanan berbentuk instant atau mengandungi  kafein adalah perlu dielakkan. Pemilihan Candy buffet service yang terbaik mampu membantu menambah keceriaan majlis dan membuka selera tetamu serta dekorasinya yang menawan dan mengikut tema majlis.

4. Pemilihan aturcara majlis 
      
Bagi yang beragama islam, majlis baby shower pastinya boleh diselitkan dengan doa sebagai pembuka majlis untuk memohon keselamatan bakal ibu dan bayi yang akan dilahirkan. Majlis boleh disertakan dengan aktiviti permainan menampal gambar-gambar bayi di dalam album, semua tetamu boleh menampal gambar bayi masing-masing di dalam album yang disediakan. Selain itu, aktiviti meneka nama bayi dan maksud nama boleh memberi idea untuk bakal ibu tersebut untuk menamakan bakal bayi mereka. Majlis boleh diserikan lagi dengan menempatkan 'Guestbook' atau 'Buku tetamu' untuk menyatakan ucapan-ucapan positif dan kata-kata motivasi buat bakal ibu.

5. Pemilihan Doorgift
   
    Pemilihan Doorgift buat tetamu akan menambah lagi seri majlis baby
    shower anda. Antara idea Doorgift yang boleh dipilih harusla mengikut tema
    majlis atau warna-warna yang bersesuain dengan warna pilihan untuk bayi.      
Warna-warna seperti biru lembut, pink dan kuning muda sering menjadi pilihan di majlis-majlis baby shower. Doorgift tersebut boleh dibuat dengan cara ‘art & craft’oleh keluarga bakal ibu sendiri seperti memberikan paper bag dekorasi gambar haiwan atau bayi comel dan dipenuhi barang-barang mandian bayi yang sangat sesuai untuk majlis baby shower.
  
    

© Funtime Krew